BERITA 13 OKTOBER 2011-LEBIH BANYAK KAWASAN DI TIMUR BANGKOK AKAN DI LANDA BANJIR ESOK
Perdana Menteri Yingluck Shinawatra hari ini memberi amaran lebih banyak kawasan di timur Bangkok akan dinaiki air antara 20sm dan 30sm, esok berikutan keadaan banjir yang kritikal di negara ini.
“Saya mahu penduduk di timur Bangkok bersiap sedia sementara kerajaan berusaha sedaya mungkin bagi mengurangkan kesannya,” katanya. 





Beberapa bahagian di timur Bangkok di empat daerah – Minburi, Nongjok, Ladkrabang dan Clongsarmwa dinaiki air antara 40sm dan 50sm lewat malam tadi dan keadaan keseluruhan kekal tidak berubah hari ini.
Bangkok menghadapi ancaman banjir sebanyak tiga kali kerana air banjir yang turun dari wilayah utara dan tengah dijangka sampai ke ibu negara antara esok dan Ahad, dengan ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat dan ancaman air pasang tinggi di laut dalam tempoh itu.

 








Dengan wilayah berjiran Bangkok, Phatum Thani gagal menangani lebihan air banjir yang turun, Yingluck berkata Bangkok bersedia menyalurkan air banjir itu ke laut melalui terusannya. – Bernama